Bab 1 : Danial
Tamatlah sudah upacara majlis pelancaran "toward green office 2021" yang telah dirasmikan oleh ketua pejabat syarikat aku sendiri dimana kami berhasrat untuk menghiaskan ruang pejabat dengan tanaman-tanaman hijau yang dipercayai mampu memberikan semangat kepada pekerja. Perasaan gementar tak dirasakan lagi apabila ini sudah kali yang ke-empat aku menjadi pengacara majlis dan majlis diakhiri dengan bacaan yassin yang juga diketuai oleh aku sendiri. Berbeza dengan rakan-rakan aku yang lain, selepas SPM aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat pembekal air terbesar di Malaysia yang pasti banyak memberi pengalaman aku sebelum aku merancang untuk masuk ke universiti. Selesai sudah majlis aku berdiri sebentar dibelakang projektor skrin sambil memadam segala skrip upacara majlis tanda aku sudah lega dengan tugas aku pada hari ini.
Orang ramai sudah beratur untuk mengambil makanan dan aku melihat danial seperti tiada arah mencari aku seperti anak kehilangan ibu. Rasa bersalah meninggalkan sahabat aku itu seorang diri, aku menyahut namanya sambil menuju kepadanya.
"weyh armand, padu la kau harini. Memang persis betul dengan fedtri yahya beb. Tapi kau lagi power sebab suara garau kau memang macam boyz ii men betol. Weyh lai lai makan, aku lapar." puji danial rakan sepejabatku yang dari fizikalnya memang sudah kita tahu bahawa makan adalah hobinya.
"Biasa je tu, aku dari sekolah lagi dah biasa dgn MC ni. Kau dah cop tempat ke belom?" tanya aku.
"Syafiz dah cop tempat awal dah, kitorang tunggu pengacara terkenal je untuk mulakan sesi meet and greet ni" gurau Danial sambil mentertawakan lawaknya sendiri. Sesudah itu kami duduk diruang makan bersama Syafiz dan Hana.
"Apa macam UPU kau? dapat tak jurusan syariah yang kau nak tu?" tanya Syafiz ketika mengunyah buah epal sebagai pencuci mulut selepas selesai makan bersama Hana. Aku dan Danial datang agak lewat dan nampak mereka cuba ingin berbual kosong bersama aku sebelum balik ke meja ofis mereka.
"Aku dapat Diploma Business Admin dekat UiTM, aku tukar last minute UPU haritu sebab mak aku cakap bahagian syariah susah nak dapat kerja" jawab aku.
"Lah, ape ni syeikh. Anta melebihkan angka digit dunia dari timbangan akhirat. Universiti tempat menuntut ilmu bukan mencari wang" ujar Syafiz.
"Hahaha... Kau ni biarlah dia. Muda lagi kot. Kau pun ambik Degree Civil Engineering tapi intern dekat bahagian procurement jgk" usik Hana.
"Kau pun ambik TESL kan? Jauh jugak tersasar tu. Memang habis degree ni bukan banyak peluang nak bagi kerja yang sama dengan jurusan kita. Lainlah Danial ambik Finance, at least ada la kena mengena sikit." Jawab Syafiz dengan nada sedikit kecewa dia bertanya lagi "Kau sekolah agama kot, memang kau pun ketara nampak betul minat bercerita tentang hukum feqah dengan tauhid. Kau tak rasa rugi ke?".
"Alah, itu semua minat je kan? Aku still boleh baca buku dan rujuk kawan2 lama aku yang dah belajar kat mesir, arab saudi dan jordan. Lagipun dah setahun lebih aku kerja sini dan mungkin semua ni relate dengan course aku nanti" Aku jawab dengan tenang.
"Ahh. Memang tak relate la der. Universiti ni kau belajar teori je. Kau ingat tiba2 exam tanya pasal vlookup ke? project management ni semua? memang tak la. Tapi tu pilihan kau. Terserah la" Jawab Syafiz sambil melihat jam seperti sudah sampai waktu mereka untuk sambung memulakan kerja.
"Business Admin ni sebenarnya kos biasa-biasa je man. Kau jangan expect kau jadi kaya mcm vivy yusof dengan husband dia tu. Kos tu untuk budah-budak yang tak dapat kos yang diorang apply je biasanya. Roomate aku zaman belajar dulu semua cakap benda sama". Hana menyampuk seperti ingin meletakkan kekesalan atas jurusan apa yang aku pilih.
"Weyh.. nanti sambung lagi. Boss dah sound aku dengan Hana semalam sebab kerja tak siap. Pagi ni dah nak kena hantar. Kitorang dua pergi dulu la" Syafiz mengheret kerusi sambil meninggalkan kami berdua.
"Bye korang.. Lunch nanti sambung sembang eh?" Ujar hana sambil melambaikan tangan kepada aku dan danial yang masih menjamu selera.
Danial diam buat seketika sambil aku melihat gerakan matanya seperti menunggu Syafiz dan Hana hilang dari pandangan matanya. Danial sepanjang latihan praktikalnya disini nampak seperti tiada kerja. Aku agak bersimpati dengan Danial yang sentiasa mengadu kepada aku kerana Pengurus Kanan yang merangkup penyelianya untuk latihan industri kurang memberikan kerja. Berbeza dengan Hana dan Syafiz yang bekerja dibahagian audit untuk sepanjang satu bulan mereka semua disini.
"Weyh, kau tahu tak dekat universiti nanti. MC, bacaan yassin ni semua penting tau. Lagi-lagi kau kadang2 backup aku kerja dekat bahagian project ni. Confirm kau nampak proses ni semua. Serious semua ni berguna gila." Danial berbicara saat mulutnya masih dipenuhi nasi dan lauk yang dimakan.
"Ada kena mengena ke weyh? Kat universiti belajar je pun. At least kena rajin belajar dan asah communication skill je" Tanya aku.
"Man, apa yang kau belajar dekat company ni ibarat pengasah pensel untuk menggerakkan bait-bait sajak dan lirik yang baik. Sajak yang indah mampu memberi kegembiraan pada orang. Kegembiraan orang lain memberi kau peluang untuk pergi lebih jauh" kata Danial.
"Maksud kau macam mana tu" Tanya aku dengan nada hairan kerana jarang sekali danial sebegitu serius.
"Ilmu yang kau belajar tak kiralah apa jenis ilmu pun memang berguna man. Kehidupan dekat universiti ni bukan sekadar nak belajar untuk exam tapi survival skill jugak. Aku ni CGPA boleh la tahan, tapi aku rasa kosong bila aku ketinggalan dalam hal-hal lain macam yang kau ada sekarang. Kita sebagai lelaki ni man, kita kena tahu semua benda. Perempuan cantik semua sayang, kalau tak cantik tak ada siapa kisah tapi lelaki ni kalau kau alpha semua sayang tapi kalau kau tak ada apa-apa kau mati bro".
Kata-kata semangat Danial itu mengikut agakkan aku seperti ingin meluahkan perasaan atas apa yang dia alami disini. Susah untuk aku jelaskan, tetapi apa yang dibicarakannya itu sejujurnya aku hadam dengan masuk kiri keluar kanan. Mungkin fizikalnya yang menganggu aku ataupun nada suaranya seperti bercakap sambil bernafas. Mungkin juga kerana karakter Danial yang kadang-kadang lucu dan serius ini membuatkan aku keliru atas apa yang dia ingin katakan. Tapi sejujurnya tidak pernah aku ketawa dalam keadaan ikhlas mendengar jenaka-jenaka yang dilontarkan Danial.
"Takpe bro, kau dah tua dah. Umur kau dah 19. So, Kau masuk Universiti bulan 6 kan? bila kau plan nak berhenti kerja? sekali dengan kitoranglah habis bulan mei weyh." Tanya Danial.
"Aku rasa nak berhenti awal. Aku tak tahu la Danial. Maybe bulan ni jugak aku berhenti. Aku rasa nak rest sekejap la sebab dah setahun lebih aku kerja sini" Balas aku.
"Okay la tu bro, saving ada macam-macam boleh buat. Apa lagi? Las Vegas la" gurau Danial.
"Agak-agak la kau ni pun. Tapi aku rasa mungkin nak letakkan duit tu dalam ASB atau apa-apa investment. Sebab..." Jawab aku.
"Sebab apa tu?" Tanya Danial
Aku ingin bercerita tentang masalah keluarga aku dalam pembahagian harta yang sering menjadi pertelingkahan antara ibu dan adik beradiknya tetapi seperti tidak ada kepentingan untuk aku luahkan perasaan aku sekarang kepada Danial.
"Erm.. tak ada apalah. Mungkin nak growkan saving kan? Saja... untuk kecemasan" Jawab aku sambil memandam cerita yang sebenar kepada Danial.
"Bagus jugak kau ni. Muda2 dah ada saving plan. Alah kalau kau risk-taker boleh je kalau nak main saham" balas Danial.
Dalam asyik menjamu selera. Television di ruang makan tersebut menunjukkan sorotan berita yang menyiarkan tentang seorang tokoh terkenal bernama Ustaz Kamarul Azman yang sedang memberikan komputer riba percuma kepada pelajar universiti yang tidak berkemampuan. Sosok tubuh ini merupakan pendakwah dan juga dermawan yang sering menghulurkan bantuan kepada orang awam.
"Aku rasa UKA ni memang layak jadi pemimpin negara bukan macam perdana menteri kita sekarang ni" Ujar aku.
"Kenapa kau cakap macam tu? Dermawan tak semestinya bagus kempipinan." Bangkang Danial
"Kau tengok macam mana dia dapat dana? dengan berniaga. Tak perlu pun wang kroni untuk bantu dia. Kalau perniagaan dia tu sendiri boleh pergi jauh kau bayangkan macam mana dia urus kewangan negara?" Balas aku.
"
Comments
Post a Comment