Bab 1 : Danial
Tamatlah sudah upacara majlis pelancaran "toward green office 2021" yang telah dirasmikan oleh ketua pejabat syarikat aku sendiri dimana kami berhasrat untuk menghiaskan ruang pejabat dengan tanaman-tanaman hijau yang dipercayai mampu memberikan semangat kepada pekerja. Perasaan gementar tak dirasakan lagi apabila ini sudah kali yang ke-empat aku menjadi pengacara majlis dan majlis diakhiri dengan bacaan yassin yang juga diketuai oleh aku sendiri. Berbeza dengan rakan-rakan aku yang lain, selepas SPM aku bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat pembekal air terbesar di Malaysia yang pasti banyak memberi pengalaman aku sebelum aku merancang untuk masuk ke universiti. Selesai sudah majlis aku berdiri sebentar dibelakang projektor skrin sambil memadam segala skrip upacara majlis tanda aku sudah lega dengan tugas aku pada hari ini. Orang ramai sudah beratur untuk mengambil makanan dan aku melihat danial seperti tiada arah mencari aku seperti anak kehilangan ibu. Rasa ber...